ieya

ieya

Thursday, May 9, 2013

:)

Assalamualaikum , malam yang hening dan nyaman mula melabuhkan tirainya .. malam yang syahdu penuh dengan angin yang begitu mendamaikan .. sesekali angin bertiup menghembus ke sejenak peluru .. sehelai demi sehelai rambut bertiup ibarat mengikut arah pergerakan angin .. sungguh besar nikmat Allah kepada makhluk sekian alamnya ..

rindu yang bertandang tak pernah mengatakan kebosanannya , mungkin rindu itu pelengkap segala cerita .. hati yang sekeras batu di dalamnya terselit seribu satu saat kerinduan .. cinta ? cinta pula disulam dengan sejenak kerinduan .. dengan adanya kedua itu maka sebatilah keduanya ke dalam hati dan juga diri si pemilik .. untung siapa yang dapat memilikinya , ibarat dunia ini dia yang punya .. cuma dalam khayalan belaka .. dunia ini tidak akan pernah menjadi milik siapa pown .. hanya kekal kepadaNYA.

sadis hati bila rindukan seseorang , dengan harapan rindu ini juga akan disulamkan dengan kerinduan yang bakal menggunung tinggi .. hati mudah rapuh , hati mudah terluka dan hati juga mudah terguris .. sayang pada seseorang yang kuat sukar untuk kita lupakan pada sekelip mata .. jangan terlalu mudah sayang , kelak kita akan terlalu mudah membenci .. adakah itu semua benar ? tanya pada hati kerana segalanya ada disitu ..

"deru ombak merubah pantai datang dan pergi , begitu kasih insan diibaratkan bagai ombak merubah pantai"


No comments:

Post a Comment